"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” riwayat bukhari dan muslim
Bismillah...dengan nama mu ya rabb, aku memulakan segala-galanya.. Jadikanlah kami hamba2Mu yang sentiasa menoleh melihat dosa-dosa yang lampau agar kami tergolong dalam orang-orang yang bertaubat dan selalu meletakkan diri di dalam pandanganMu.. dan kerana sebab itu, dalam pandangan dan pemeliharaanMu, aku memulakan segala-galanya agar setiap perkataan yang lahir,di situlah terdapatnya keredhaanMu...
______________________________________________________________________________________________________
--.H.A.T.I.--
alhamdulillahi ala kulli hal...ana masih lagi hidup..diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat membilang dosa-dosa lalu..dan menjadi khalifah di muka bumi untuk berusaha menyentuh jiwa-jiwa di sekeliling... bahagianya jika dapat membuat jiwa-jiwa ukhti di sekeliling mengenaliMu.. perasaan mengenali Allah sangat indah...tak terkata...gembiralah jiwa, tenanglah hati sekiranya seorang hamba dapat merasa betapa dekatnya Allah di dalam diri,,sangat dekat..bestnya kalau kawan-kawan kita sendiri dapat rasa apa yang kita rasa...
tapi, perasaan ni hilang bila maksiat mula timbul dan dikumpul hari demi hari sampai menutupi zon "keindahan" mengenali rabb sendiri...dan yang paling tak bestnya, hamba yang berdosa sedikit sekali tak perasan, tak mampu nak sedar...kerana dosa bermaharajalela sampaikan perasaan untuk sedar itu pun dah terpadam...kalau diikutkan..berbuat dosa dalam keadaan sedar lagi baik daripada berbuat dosa tanpa disedari kerana hamba yang berdosa..apabila dia sedar..dia tahu dia perlu pada taubat...tapi bagaimana dengan hamba yang tidak sedar2 diri? apakah indicator yang akan memanggil hati yang berdosa untuk pulang kepadaNya? Jika kita mampu sedar pada dosa-dosa kita, maka itu tidak lain hanya lah kerana rahmat daripadaNya...
" Ya Allah bantulah aku dalam mengingati dan bersyukur kpdMu, dan kurniakanlah jalan yang terbaik untuk aku beribadah kpdMu"
bagaimana pula hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.. selama ni ummi selalu pesan..kalau ana bergaduh ke...dengan sapa2..ummi akan bagi satu ayat skema "cuba cek hubungan dengan Allah"...masa itu ana sangat blur..tak mampu nak hadam nasihat..tiap-tiap kali ummi bagi nasihat tu je, ana akan buat-buat muka paham...kesian ummi, tertipu dengan anak...
sekarang, alhamdulillah masih cuba memahami nasihat yang sama..."cuba cek hubungan dgn Allah"... sedihnya bila kita dah faham ayat tu...terasa jauh pulak diri dengan Allah..hubungan dengan Allah terasa sangat tak hebat..bila datang je ujian dengan rakan-rakan sekeliling, ana risau sangat hubungan diri dengan Allah..ish..gerun bila fikir...aku ni di tingkatan mana, ya Rabb? lagi menakutkan kalau kita diuji bukan dengan seorang, tapi banyak rakan-rakan sekeliling...bila bersalaman je dengan rakan-rakan ,rasa sngat pilu..terbayang " hebatnya hubungan mereka dengan Allah, rakan2 semua menyenangi mereka" bukanlah kerapatan bersama manusia yang dikhuatirkan..tapi hubungan dengan Allah..bagaimana entah?
dalam satu riwayat, apabila nabi muhammad s.a.w. berdakwah dan terdapat orang yang tidak menerima dakwahnya, salah satu perkara yang menjadi kerisauan nabi, adalah mungkin diri sendiri terdapat kekurangan...nabi tidak pantas menyalahkan orang lain apabila dakwah tidak berjalan lancar, tapi nabi muhasabah dan memeriksa peribadi diri dahulu...subhanallah... betapa pentingnya hubungan seseorang hamba dengan Rabbnya...
teringat pada ukhti..menceritakan tentang solat malamnya..pada satu malam tu, susah sungguh dia bangun untuk mengerjakan solat tahajjud..jadi,rakan ni pun muhasabah balik amalan2nya..cek2 balik..rupanya malam sebelum tu..dia menonton kisah cerekarama..yang di mana sebelum ni dia bukanlah seorang yang melayan cerita2 tv..bila fikir balik, hebatnya dia ni..sangat bersih hati dia, smpai bila hatinya terlalai sedikit pun, dia mampu sedar..mampu mendapat lagi rahmat daripadaNya..teringat pada kisah di mana bila turun sahaja ayat pengharaman arak, sahabat2 nabi beriya-iya menjauhkan diri daripada arak smpai memecahkan tempayan2 arak...hati yang hebat..tak teragak-agak untuk mengikut suruhan Allah...
terfikir lagi...kenapa ana menaip?kenapa susah2 buat blog?sekiranya ketika membuat blog, ana memikirkan sekelompok manusia yang perlu ana sentuh hati-hatinya, sebenarnya jiwa ana lah yang pertama-tama yang perlu disentuh...tak perlu menunding jari kepada org lain, sedangkan hati dan hubungan dengan Allah tak sehebat mana...bukanlah ana bermaksud menghalang pada amar maa'ruf nahi mungkar..cuma mahu memperhebat amal maaruf nahi mungkar...menegur orang biarlah dalam keadaan bukan membenci kepada pelaku maksiat itu, tetapi dengan perasaan sayang kerana mahu menyelamatkannya dari dosa...dan sangat berhajat Allah sentiasa membersihkan hati kita dari maksiat tersebut...
apa yang penting, sekali lagi hablum minallah..hubungan dengan Allah..bila hubungan dengan Allah sangat hebat..semua benda kita boleh buat! mengapa nabi dalam berdakwah, nabi tidak terus menghalang perkara-perkara mungkar..?sebaliknya,nabi fokuskan dahulu kepada hati..aqidah..nabi semat jiwa-jiwa yang ada pada masa itu dengan keesaan dan keCINTA-an kepada Allah..ini menjelaskan kisah sahabat2 tadi yang meninggalkan terus arak apabila diturunkan ayat pengharaman arak..mereka tidak menunggu beberapa hari untuk membuat keputusan..mereka terus mengikut...bila kita mencintai seseorang,kita boleh buat apa shj utknya..logikkan?
ya Allah tenangkanlah hati hamba-hambaMu ini, jadikanlah Engkau sebagai cinta pertama kami..jauhilah kami dari berkeluh kesah dan sifat marah...kurniakanlah kami kesabaran
قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيم
(az-zumar :53)
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.